Mengenai Kami
Khamis, 10 November 2011 10:58
Webmaster Elektrik
| Jabatan Kerja Raya [JKR] Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia adalah salah sebuah Cawangan Sektor Pakar di bawah JKR Malaysia yang merupakan jabatan teknikal yang terbesar di Malaysia. Di Negeri Perak Cawangan Kejuruteraan Elektrik ini telah di tubuhkan pada tahun 1972 sehingga kini menjadi salah sebuah Cawangan Pakar Bidang Elektrik dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan prasarana dan kemudahan awam juga di pertanggungjawab keatas kerja-kerja rekabentuk pendawaian elektrik, perolehan dan penyeliaan projek-projek infrastruktur untuk Kerajaan. |
|
Pada awalnya berpejabat di Tingkat 7 Bangunan Lama Kerajaan Negeri Perak (SUK), di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh. Mula beroperasi di bangunan sendiri di Lorong Lahat, Kampung Temiang mulai April 1979. Sejajar dengan kehendak kerajaan agar tindakan aduan kerosakan di tangani dengan segera beberapa unit yang terdiri daripada anggota kecil kakitangan juga di wujudkan bermula dengan Daerah Kuala Kangsar, Taiping, Manjung dan seterusnya di ikuti dengan beberapa daerah. Yang terakhirnya adalah Daerah Perak Tengah.
|
 |
|
Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak juga menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas bangunan-bangunan kerajaan, lampu jalan dan lampu isyarat Persekutuan dan Negeri juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada jabatan-jabatan serta agensi kerajaan yang lain dari masa ke semasa.
Untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk pembangunan kepada rakyat negeri Perak khasnya, Cawangan ini di pimpin oleh Ir. Mohd Nazri bin Shaari selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Elektrik. JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Perak kini mempunyai 138 orang Pegawai serta Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan dari seluruh pelusuk negeri Perak. |
Last Updated on Selasa, 10 April 2012 11:20